Erma bangga Dira jadi wakil rakyat

Sebaran :

Erma bangga Dira jadi wakil rakyat

Pelakon dan penerbit, Erma Fatima bangga rakan seperjuangan dalam dunia seni, Datuk Dira Abu Zahar, 37, atau lebih dikenali sebagai Dira menjadi artis pertama bergelar wakil rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Sabtu lalu.

Malah, penyertaan artis menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mampu menjadi landskap baharu senario politik negara, sekali gus menobatkan selebriti sebagai suara rakyat yang prihatin terhadap nasib rakyat.

Erma berkata, dia mengucapkan tahniah kepada Dira atas kejayaannya, dalam masa sama belum terfikir mahu mengikut jejak Dira menjadi wakil rakyat, buat masa terdekat.



Pernah menyertai Puteri UMNO, Erma berkata, dia gembira melakukan aktiviti bersama rakyat, namun, belum masa untuknya bertanding pada mana-mana pilihan raya.

“Sebagai artis, saya bangga pencapaian Dira. Jika di India dan Indonesia, artis sudah turun padang menjadi ahli parlimen dan wakil rakyat, jadi kenapa tidak di Malaysia?

“Alhamdulillah, artis juga mempunyai pengaruh. Bagaimanapun, apa yang diimpikan, kita mempunyai senator yang boleh dilantik masuk Parlimen untuk memberi atau menyampaikan suara golongan penggiat seni.

“Itu yang diperlukan, jadi penyakit dan penderitaan penggiat seni dapat dikongsi dalam Parlimen. Dahulu, kita ada Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai senator,” katanya kepada BH Online.



Bagaimanapun, Erma berkata, belum ada senator untuk mewakili penggiat seni dalam kalangan anak seni selepas arwah Jins.

“Saya percaya ada calon yang layak dalam kalangan penggiat seni. Ini kerana banyak isu dan hak penggiat seni boleh dipertahankan dalam Parlimen,” katanya yang ditemui di Ayer Keroh, Melaka.

Erma berkata, jika dilihat bagaimana Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang menghembuskan nafas terakhir sehelai sepinggang, jadi itulah sebenarnya nasib penggiat seni.

Justeru itu, katanya, artis sangat memerlukan wakil suara dalam Parlimen.



Terdahulu, Dira yang juga anak bekas Ketua Menteri Melaka Ke-8, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin berjaya memenangi DUN Rim dengan majoriti 1,874 undi.

Pelakon filem Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai itu mencipta fenomena baharu dalam kalangan artis apabila dapat berbakti kepada rakyat, justeru tidak mustahil lebih ramai bakal mengikut jejaknya pada masa hadapan. BH

Erma bangga Dira jadi wakil rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Gadis bertumbuk berebut teman lelaki


Sebaran :

Leave a Reply