PRN Melaka: Zuraida, calon PN langgar peraturan SPR, laporan polis dibuat

Zuraida PKR sudah ‘mati

AYER KEROH: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Zuraida Kamaruddin, dan calon Perikatan Nasional (PN) di Machap Jaya, Tai Siong Jiul kerana didakwa berkempen pada hari pengundian.

Turut dalam perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana mengongsikan hantaran di Instagram menggesa pengundi memilih Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

Dalam sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, calon Pakatan Harapan Law Bing Haw mendakwa Zuraida dan Tai masih berkempen untuk PN di Machap Baru, pagi tadi.

Menurutnya, beliau telah menerima aduan penduduk yang sedang bersarapan pagi.

Calon Machap Jaya Pakatan Harapan (PH), Law Bing Haw bercakap kepada media selepas membuat laporan polis.

“Ada video menunjukkan Zuraida dan Tai di dalam satu kedai makan, menyapa orang ramai dan bertanya sama ada mereka telah pergi mengundi.

“Mereka nyata melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya yang jelas menyatakan aktiviti berkempen dilarang pada hari pengundian,” katanya selepas membuat laporan polis itu.

Turut bersamanya, penyandang PKR di Machap Jaya Ginie Lim, yang telah digugurkan sebagai calon untuk pilihan raya negeri itu.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi SPR Azmi Shahrom berkata, perkara itu samar jika melibatkan bahan yang telah dikongsikan sebelum hari pemilihan, namun masih berada di domain masing-masing.

“Memang umum mengetahui berkempen tidak dibenarkan pada hari pemilihan. Jadi tarikh hantaran dikongsikan menjadi kata putus untuk melihat sama ada berlaku pelanggaran akta,” katanya ketika dihubungi.

Mengikut Seksyen 26 akta berkenaan, parti dan calon dilarang mengeluarkan kenyataan kempen pada hari pengundian.

Pengundi di Melaka memilih kerajaan negeri baharu hari ini, selepas pilihan raya diumumkan bulan lalu.

PRN Melaka: Zuraida, calon PN langgar peraturan SPR, laporan polis dibuat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker