PRN Melaka: “Saya kembalikan mandat ini kepada rakyat. Kestabilan Demi Kemakmuran,”
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau mengembalikan mandat kepada rakyat melalui pilihan raya sebagai penyelesaian kemelut politik di Melaka.
Dalam hantaran ringkas di Facebooknya, bekas timbalan perdana menteri itu juga memetik cogan kata manifesto BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’.
“Saya kembalikan mandat ini kepada rakyat. Kestabilan Demi Kemakmuran,” katanya di sini, pada Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut berkongsi sebuah video bertajuk Kestabilan demi Kemakmuran berdurasi lima minit 46 saat dalam hantaran itu.
Video itu menampilkan pengundi Melaka yang berkongsi pengalaman berada di bawah pentadbiran BN dan mereka mahukan kerajaan BN kekal di negeri itu.
Baca Artikel Menarik:
- Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
- Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
- PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
- Roti Canai Kayu Arang Viral
- Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: Keluar mengundi rendah, Anwar mengaku bimbang PH kecundang
You must be logged in to post a comment.