PRN Melaka: Perjelas arahan mengenai borang kiraan undi, SPR diberitahu

AYER MOLEK: Seorang pemimpin PKR mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan arahannya mengenai Borang 14 yang disifatkan “penting”, di semua pusat undi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Borang 14 mengandungi jumlah undian dikira yang diterima setiap calon.

Pada sidang media, Ketua Hal Ehwal Undang-undang Pilihan Raya PKR G Manivannan berkata, arahan itu tidak menyatakan bahawa tandatangan ketua tempat mengundi diperlukan pada Borang 14 seperti diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981.

“Mengikut undang-undang, ejen mengira undi bagi setiap parti berhak mempunyai satu salinan rasmi Borang 14.

“Borang itu mesti ditandatangani oleh ejen mengira undi dan ketua tempat mengundi, tetapi kami dapati arahan SPR bagi PRN kali ini tidak menyebut keperluan untuk tandatangan ketua tempat mengundi.

“Arahan tersebut malah menyebut ketua tempat mengundi tidak perlu mengesahkan borang itu dengan cop getah,” katanya.

Tambahnya, tandatangan ketua tempat mengundi penting jika timbul pertikaian mengenai keputusan PRN kerana Borang 14 akan menjadi bahan bukti utama.

Beliau kemudian meminta SPR mengesahkan bahawa ketua tempat mengundi masih perlu menandatangani Borang 14, dengan satu salinan rasmi diberikan kepada ejen mengira undi.

“Pada masa lalu, ada kejadian Borang 14 tidak ditandatangani dan ini menyulitkan keadaan apabila timbul pertikaian,” katanya.

PRN Melaka: Perjelas arahan mengenai borang kiraan undi, SPR diberitahu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker