Bersatu cuba paksa kami tunduk tapi tak berjaya, kata pemimpin BN
Bersatu cuba paksa kami tunduk tapi tak berjaya, kata pemimpin BN
AYER KEROH: Seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan Perikatan Nasional (PN) merebut semua 28 kerusi di Melaka adalah bertujuan untuk memecahkan undi Melayu dan memastikan BN dalam kalah dalam pilihan raya negeri (PRN) negeri itu.
Penasihat Komunikasi BN Isham Jalil berkata PN pimpinan Bersatu cuba untuk menjatuhkan Umno dan kemudiannya tunduk kepada kehendak mereka.
Bercakap kepada FMT, beliau percaya bahawa Bersatu mahu Umno melepaskan tuntutannya terhadap semua kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Katanya, Bersatu perlu “berfikir semula” sekiranya ia merasakan bahawa memecahkan undi Melayu akan memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan menyebabkan Umno terpaksa berunding untuk menyertai PN.
“Kami tidak akan dijadikan sebagai ‘tebusan’,” katanya.
“Ini hanya akan menguatkan lagi tekad kami.”
Isham berkata, beliau juga percaya bahawa PN tidak berhasrat untuk memenangi pilihan raya itu kerana tiada sokongan akar umbi sebaliknya niat mereka hanyalah untuk memecahkan undi BN.
Katanya, BN mempunyai peluang cerah untuk menang tetapi tambahnya: “Kami tidak mahu terlebih yakin.”
Beliau mendakwa, menurut kajiannya, sentimen yang memihak kepada BN adalah jauh lebih baik berbanding ketika PRU14 apabila sokongan Melayu turun kepada 65%.
“Jika kita berjaya mendapat 70% hingga 75% sokongan Melayu, kita mungkin dapat menang di 17 kerusi. Namun, kita perlu bekerja keras.”
Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata gabungan itu boleh memenangi 18 kerusi dan membentuk kerajaan negerinya sendiri.
Mohamad berkata, keyakinan itu berdasarkan kajian dilakukan BN ketika tempoh berkempen selain data yang menunjukkan pengundi konsisten mengundi BN sebelum PRU14.
Isham berkata, beliau juga berharap PAS akan bekerjasama lagi dengan Umno.
Katanya, beliau bersemangat melihat ahli PAS membantu BN memasang bendera di kawasan mereka.
“Kita juga mahu mereka yang berada dalam Bersatu untuk kembali kepada Umno. Bagaimanapun, saya tahu, berdasarkan sejarah, ia tidak akan berlaku sehingga ia kalah. Oleh itu, kami perlu menang menentang PN.”
Proses pengundian PRN Melaka akan diadakan esok. FMT
Bersatu cuba paksa kami tunduk tapi tak berjaya, kata pemimpin BN
Baca Artikel Menarik :
- Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
- Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
- PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
- Roti Canai Kayu Arang Viral
- Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU
Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin
You must be logged in to post a comment.