#PRNMELAKA2021: Penyokong Pas Tanjung Bidara Kecewa

Sebaran :

Oleh Megat Terawih

Kami akar umbi yang sentiasa bersama masyarakat, kamilah yang berhadapan dengan mereka samada di masjid, surau, kedai kopi, majlis kenduri kahwin dan di mana sahaja termasuk dengan pelbagai lapisan agama.

Kami bersama UMNO, dari pemimpin setempat hinggalah ke akar umbi sudah bergerak bersama sejak tautan persahabatan terjalin atas nama Maufakat Nasional.

Hubungan menjadi akrab dalam masa yang singkat. Sekian lama tinggal satu kampung tiba-tiba atas usaha ikhlas pemimpin di peringkat atasan, kami di bawah menjadi sahabat seperjuangan.

Tiba-tiba minta kami putuskan hubungan ukhwah? Meninggalkan UMNO dan bersama pakatan baharu yang dahulunya menghina Maufakat Nasional?



Apa habuan pemimpin Pas pusat dapat? Pangkat, jawatan dan harta?

Keluh majoriti penyokong PAS di Tanjung Bidara melalui tinjauan kami selama berkampung di sini


Sebaran :

Leave a Reply