PRN Melaka: Harapkan bulan jatuh ke riba…
BELUM pernah dalam sejarah negara ini pilihan raya tidak kelihatan seperti satu pilihan raya tetapi itulah kini yang sedang berlaku di sebuah negeri yang bernama Melaka.
Pilihan Raya Negeri Melaka yang kini sedang memasuki fasa berkempen pada asasnya tiada kempen.
Yang ada cuma bendera dan poster menghiasi jalan-jalan utama dan kampung-kampung.
Tiada ceramah, tiada gerakan dari rumah ke rumah, tiada lawatan calon-calon ke pasar basah, pasar malam dan pasar tani atau kedai kopi untuk mengedar risalah dan berjabat tangan dengan orang ramai.
Malah tiada pondok panas dan tiada bilik gerakan yang kelihatan beroperasi. Pendek kata kempen cara lama atau tradisional amat jelas sekali kelihatan seperti sudah lupus.
Jangan katakan orang Melaka, siapa-siapa pun tidak pernah menyaksikan situasi sebegini rupa dalam mana-mana sejarah pilihan raya di Malaysia.
Belalang pun yang baharu semalam bertandang ke Melaka boleh sahkan perkara ini. Untuk seketika, Belalang jadi bingung kerana untuk pertama kalinya juga Belalang tidak tahu apa yang perlu dibuat. Tidak ada apa-apa untuk dibuat dan disaksikan.
Orang cakap, apa susah, berpindah ke platform media sosial sajalah.
Jadikan media sosial sebagai medan kempen baharu.
Hakikatnya ialah, orang tua-tua semua tak buka media sosial. Mereka cuma gunakan telefon bimbit untuk tengok video viral.
Mereka nak dengar ceramah dan menyaksikan calon diperkenal oleh pemimpin parti atas pentas sambil mereka duduk lepak di kedai kopi hirup kopi ‘O’, dengar ceramah, tepuk tangan dan kemudian sedut rokok daun.
Itulah suasana kempen dan pilihan raya yang mereka serta semua orang kenali.
Malangnya itu semua sudah berlalu. Terima kasih kepada Covid-19.
Jadi apa yang semua orang (termasuk Belalang) harapkan ialah satu keajaiban yang mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersimpati dan memberi sedikit ihsan dengan melonggarkan beberapa syarat yang terlalu ketat agar ‘kemeriahan’ pilihan raya dapat dikembalikan dan dirasai.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tempoh kempen ditamatkan iaitu pada 19 November dan harapan tersebut tetap menjadi harapan walaupun realitinya tidak begitu.
Tetapi yang dinamakan manusia itu, sifatnya ialah mengharap dan moga harapan semua orang berbalas.
Belalang – Mengharapkan bulan jatuh ke riba….
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu
You must be logged in to post a comment.