Kebajikan semua kaum termasuk India akan terus terjaga – PM

Kebajikan semua kaum termasuk India akan terus terjaga – PM

Kerajaan sentiasa komited menjaga kebajikan semua kaum di negara ini bagi memastikan tiada yang tersisih termasuk kaum India dalam melaksanakan pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini terbukti apabila kerajaan memperuntukkan sebanyak RM145 juta bagi memperkasa sosio ekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dan dana pembiayaan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh Tekun Nasional.

Selain itu, katanya, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pelaksanaan aktiviti komuniti dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat.

“Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan juga akan memberi fokus kepada nilai kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran sebagai benih mencambahkan penyatuan rakyat Malaysia.

“Di samping itu, nilai murni ini turut ditekankan dalam setiap agama dan menjadi tanggungjawab semua mempertahankannya demi keharmonian, kemakmuran dan kemajuan negara,” katanya dalam ucapan Sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2020 di Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia malam tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya membolehkan rakyat menikmati kelonggaran di sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat setelah tahap vaksinasi golongan dewasa mencapai 95.1 peratus sehingga semalam.

“Berbanding dengan tahun lepas, perayaan Deepavali tahun ini disambut lebih meriah dalam suasana norma baharu.

“Kerjasama erat semua pihak, termasuk antara kerajaan dan rakyat juga telah memungkinkan perhimpunan seperti ini diadakan.Syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan, kepercayaan dan keyakinan penuh mereka kepada kerajaan untuk memulihkan negara dalam masa yang sangat mencabar ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, semua pihak harus terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan tidak sesekali bersikap sambil lewa atau memandang enteng terhadap ancaman Covid-19.

Tambahnya, pandemik ini akan terus membelenggu dan menyekat kebebasan sekiranya rakyat terus lalai. Utusan

Kebajikan semua kaum termasuk India akan terus terjaga – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker