PRN Melaka: Pandemik fitnah sedang melanda DUN Paya Rumput
Oleh Wahida
Fitnah adalah makanan pembangkang dan di waktu tempoh berkempen, pelbagai fitnah dan tohmahan dicipta dan disebar, kemudian menghasut rakyat. Inilah bezanya cara pembangkang berkempen jika dibandingkan dengan Barisan Nasional, lebih mementingkan agenda rakyat.
Calon DUN Paya Rumput – Rais Yasin, seorang anak muda kelahiran Paya Rumput tidak sunyi dari difitnah dan baru-baru ini seorang pelayar FB yang menamakan dirinya “Melaka Leaks” telah membuat tuduhan tidak berasas ke atas keluarga Rais. Kononnya akan membongkar segala salah laku keluarga besar Rais.
Pihak MyKmu telah menghubungi Rais untuk mendapatkan penjelasan terus. Bagi Rais ini adalah strategi pihak lawan yang akan menggunakan apa saja rekaan tohmahan untuk berkempen sedangkan bagi Rais, meninjau permasalahan penduduk Paya Rumput adalah keutamaanya ketika berkempen.
Lagipun, penduduk Paya Rumput perlu dimaklumkan dan diberi penerangan manifesto Barisan Nasional sekiranya diberi mandat sekali lagi memerintah Melaka.
Bukan seperti pihak lawan, mereka tidak akan berani memberi tawaran-tawaran yang realistik malahan rakyat telah serik dengan janji-janji palsu yang diberikan ketika PRU14.
Melaka Leaks juga cuba mempersoalkan akidah Rais memandangkan beliau pernah belajar di Syria sebelum ke Al Azhar, Mesir. Sememangnya fahaman agama di Syria adalah Syiah tetapi Rais telah menegaskan yang beliau kekal seorang Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.
Pada PRU14 lalu, di N13 Paya Rumput telah dimenangi Mohd Rafiq Naizamohideen dari PPBM dan kini telah melarikan diri ke DUN Telok Mas.
Kini PRN Melaka 2021, Rais ditentang 4 calon lain iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-PKR), Muhammad Faris Izwan Mazlan (PN-PPBM), Mohamad Hashidi Mohd Zin (Putra) dan Meja Hj Mohd Jaini Dimon (Bebas)
Rais adalah anak tempatan di Paya Rumput dan berbanding dengan calon-calon lain terutamanya Shamsul Iskandar dari PKR adalah orang luar yang hanya bercita-cita menjadi Ketua Menteri Melaka tetapi ditolak rakan parti dari DAP untuk mengekalkan Adly (Amanah) dari DUN Merlimau. Alasannya mudah, Amanah adalah parti tajaan DAP.
Walaupun BN kalah di PRU lalu, Rais pasti akan dapat merampas semula DUN Paya Rumput untuk BN memandang pengundi tempatan lebih memilih calon tempatan di mana mereka lebih memahami masalah kawasan tempatan. Yang penting seorang wakil rakyat dari anak tempatan lebih dekat di hati penduduk Rais juga mempunyai hubungan baik di peringkat persekutuan di mana beliau adalah pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Alangkah bagusnya jika hubungan Rais di kementerian ini dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi setempat. Oleh itu, pastikan Rais Yasin menang dan BN rampas semula DUN Paya Rumput. Rais lebih pentingkan agenda penduduk Paya Rumput daripada melayan fitnah yang tidak berasas.