Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu disediakan oleh mereka yang kini menyokongnya, kata Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ulya Aqamah Husamudin.
Dia berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Muhyiddin semalam yang mengatakan Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengikut jejak langkah Dr Mahathir Mohamad dengan berbohong dalam manifesto.
“Ingin saya ingatkan juga manifesto yang dicanang itu disediakan oleh mereka yang bersama Tan Sri Muhyiddin hari ini.
“Janji-janji manis ini ditulis dan dibukukan oleh Wan Saiful Wan Jan sendiri (selaku) Ketua Penerangan Parti Bersatu hari ini,” kata Ulya Aqamah dalam satu kenyataan.
Semalam Muhyiddin berkata Mahathir, ketika menjadi perdana menteri dari 2018 sehingga 2020 mengatakan manifesto PH “bukan kitab suci” apabila tidak dapat mengotakan janjinya.
“Kita bukan Pakatan Harapan. Zaman PH, mereka janji bulan dan matahari tetapi kemudian Dr Mahathir kata manifesto tidak perlu dipatuhi,” kata Muhyiddin.
Mengulas lanjut, Ulya Aqamah berkata Muhyiddin, yang berada dalam kerajaan PH ketika itu sedar bahawa jumlah kerosakan ketika itu begitu besar daripada yang dijangka.
Katanya, ini menyebabkan beberapa perkara dalam manifesto berkenaan terpaksa disuaikan, ditangguh atau dibatalkan sama sekali.
PRN Melaka: Parti bertanding utamakan kepentingan peribadi daripada agenda Bumiputera
“Namun begitu, Tun di bawah pentadbirannya tetap mewujudkan JawatanKuasa Manifesto bagi memastikan apa yang dijanjikan dapat dilaksanakan.
“Oleh kerana itu beberapa janji manifesto ini telahpun terlaksana seperti hapus GST, KWSP untuk Suri Rumah dan Skim Peduli Sihat telah pun terlaksana.
Katanya lagi, hampir 53 janji manifesto telah ditunaikan, malah terdapat beberapa janji seperti Akta Pembiayaan Politik dan pindaan AUKU telah dijadualkan untuk dibentangkan.
“Namun ia tidak kesampaian kerana kerajaan ditumbangkan oleh tangan Tan Sri (Muhyiddin) sendiri.
“Berlaku adillah dalam 22 bulan banyak janji yang dilaksanakan, sedangkan mereka yang mentadbir kerajaan berpuluh tahun seperti BN tidak mampu lakukan perkara yang sama,” tambahnya.
Mahathir dipecat daripada Bersatu selepas menolak desakan Muhyiddin untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan baru.
Bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu kemudian membentuk parti Pejuang dan menjadi pengerusinya.
Kenyataan Muhyiddin terhadap Mahathir dibuat di tengah-tengah bahang kempen pilihan raya Melaka.
Kempen PRN Melaka bermula pada 8 Nov lalu, manakala hari mengundi ditetapkan pada 20 Nov.
Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET