Sains buktikan lelaki haram memakai emas

Sains buktikan lelaki haram memakai emas

JIKA disebut tentang emas, tiada sesiapa yang tidak menyukai logam kuning ini, bahkan sentiasa dicari dan menjadi rebutan sejak zaman dahulu lagi.

Emas juga sinonim sebagai barang perhiasan kaum wanita. Dalam Islam, kaum lelaki adalah diharamkan daripada memakai apa sahaja barangan berunsur emas. Baik berupa cincin emas, gelang emas, rantai emas, subang emas, mahupun gigi emas. Kecuali dalam keadaan darurat atau untuk tujuan perubatan.

Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w, bersabda: “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya.” (Hadis riwayat al-Tarmizi)

Juga hadis riwayat Imam Ahmad yang berbunyi, “Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda : Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.”

Dari huraian di atas, emas dalam bentuk apa pun asalkan mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram. Akan tetapi, benda yang dicat dengan warna emas, tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia memang bukan emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama. Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya.

Mengapa lelaki haram memakai emas?

Selain mengajar orang Muslim agar patuh kepada perintah Allah SWT, larangan itu juga terbukti ada sebabnya dari sudut saintifik.

Para ahli kimia menyimpulkan bahawa partikel emas memang mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam salur darah manusia, yang boleh memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan pada si pemakai.

Kenapa lelaki tidak dibolehkan memakai emas kerana dari sudut sains, kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan perempuan.

Perhiasan emas yang kita pakai sebenarnya bukanlah 100 peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat. Namun kebanyakan barangan kemas perhiasan adalah dalam bentuk 18 atau 22 karat.

Sebagai contoh, jika emas itu 18 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan dan membentuk perhiasan tersebut. Emas campuran yang tahan lasak inilah dipanggil aloi emas.

Kesan penggunaan barang kemas terhadap kulit pernah dikaji oleh William S.Rapson, seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan.

Hasil penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida. Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Kajian mendapati aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas itu boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Tambahan pula lelaki cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal dan kasar pada tubuh badan berbanding kaum wanita. Justeru, geseran antara kulit dan emas adalah lebih hebat. Sebab itu sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi daripada perempuan.

Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan protein terkumpul. Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberi impak pada sistem kardiovaskular lelaki.

Malah, penemuan oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan salur darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik. Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan dalam otak orang-orang yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

Lalu, bagaimana pula dengan wanita? Apakah pemakaian emas juga berbahaya pada golongan perempuan?

Tidak. Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada kaum Adam. Apakah dia?

Wanita memiliki hormon estrogen yang dari segi kesihatan ia membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutama semasa haid, salur darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.

Sebab itulah kenapa partikel emas yang memasuki kulit wanita tidak akan mengalami pengumpulan protein pada salur darah, malah akan turut keluar bersama darah kotor haid. Kelebihan ini bagaimanapun tidak ada pada lelaki.

Walaupun lelaki memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit. Tambah pula estrogen lelaki cuma berkeadaan statik di mana salur darah mereka tidak mengalami pengembangan atau mengucup.

Kerana itu jika ada partikel emas masuk ke dalam badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menambahkan lagi penyumbatan saluran darah dan menyebabkan lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kadiovaskular.

Inilah juga antara sebab mengapa Islam melarang kaum lelaki daripada memakai emas. Utv

Sains buktikan lelaki haram memakai emas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker