YB Ampang Zuraida Dilantik Presiden PBM

YB Ampang Zuraida Dilantik Presiden PBM

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai presiden baharu Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PBM semalam.



Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu adalah salah satu daripada tujuh usul yang diluluskan sebulat suara dalam Persidangan Agung Tahunan (PAT) 2022, pada Sabtu lalu.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi PBM semalam bersidang dan mengesahkan tujuh usul yang diluluskan sebulat suara dalam PAT 2022.

“Antara usul yang diterima sebulat suara adalah untuk melantik Zuraida sebagai Presiden PBM,” katanya.

“Majlis Tertinggi dan seluruh ahli PBM mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan mendoakan Zuraida terus diberi kekuatan bagi meneraju parti untuk terus cemerlang dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.



“Majlis Tertinggi juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Larry Sng yang memimpin parti sebelum ini,” katanya.

Minggu lalu, Larry dalam satu kenyataan di Facebooknya menegaskan beliau masih presiden PBM dan tidak akan meletakkan jawatan sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, proses peralihan kuasa susulan keputusan parti itu melantik Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai ‘presiden pengganti’ perlu dilaksana mengikut prosedur yang sewajarnya.

Zuraida dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.



Beliau dilantik semula ke jawatan sama semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum bertukar ke portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PBM didaftarkan pada 27 Okt 2021 dan diasaskan oleh Mohamad Sukri Yusri yang juga presiden pertamanya dan beberapa ahli politik lain selepas mengambil alih Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Sng mengambil alih jawatan presiden pada Jan 2022 dan ketika ini, termasuk Zuraida dan Sng, PBM mempunyai enam orang Ahli Parlimen termasuk Steven Choong (Tebrau); Mohammadin Ketapi (Lahad Datu); Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat) dan Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat).HM

YB Ampang Zuraida Dilantik Presiden PBM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker