Tengku Zafrul kata kos sewaan Vellfire lebih rendah berbanding Proton Perdana
SHAH ALAM – Keputusan kerajaan supaya Toyota Vellfire 2.5L digunakan sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) dibuat berdasarkan kos sewaan bulanan kenderaan tersebut yang lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, kos sewaan bulanan bagi Proton Perdana 2.4 Premium adalah RM4,854.41 manakala Vellfire 2.5 pula berjumlah RM4,851.61.
Selain itu, keputusan itu juga diambil bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4 Premium yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2014.
“Cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.
“Untuk makluman, usia KRJ bagi jemaah menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah enam tahun.
“Sedangkan tempoh penggantian KRJ sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kenderaan rasmi untuk Menteri Kabinet Malaysia telah ditukar daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5 sejak April 2021.
Bagaimanapun, pertukaran kenderaan rasmi tersebut telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen di media sosial.
Tengku Zafrul kata kos sewaan Vellfire lebih rendah berbanding Proton Perdana
Baca Artikel Menarik:
- Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET