#PRNMelaka : BN still the best!
Oleh Wahida
Di mana-mana dan pada setiap masa, pasti akan ada soalan – Masih relevankah UMNO? Apakah UMNO masih ada kekuatan untuk menang dalam pilihanraya? Ini jawapan dari Ketua BN Negeri Melaka, Dato’ Raof Yusoh;
[videopress LaI3ZaIc]Dato’ Rauf mengajak kita membuat perbandingan ketika BN berkuasa dengan pentadbiran Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional. Walaupun di Melaka pada awalnya, cuba diwujudkan parti campuran di bawah gabungan Perikatan Nasional, namun akhirnya BN telah menarik sokongan terhadap PPBM apabila DUN Paya Rumput cuba merampas jawatan Ketua Menteri.
Alasan dangkal Rafiq Naizamohideen, beliau telah mendapat watikah dari Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin. Rafiq cuba untuk mengikut sepertimana langkah yang telah dilakukan di peringkat persekutuan. Minoriti menguasai majoriti.
BN/UMNO Melaka bertegas untuk tidak mengulangi kesilapan di peringkat nasional. Menyokong minoriti yang mengatasi majoriti sehingga PPBM terpaksa menjalankan gerakan ‘scheme of things’ bagi mengekalkan kuasa. Akibatnya, kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin hanya lebih mengutamakan untuk berpolitik.
Hakikat yang sangat pedih perlu diterima BN/UMNO apabila kalah di PRU14 termasuk Negeri Melaka. Rakyat telah memilih dan Pakatan Harapan telah mengambilalih kerajaan negeri.
Namun selama 22 bulan, apa yang Pakatan Harapan tidak sedar, rakyat sedang menilai dan yang pasti mereka juga sedang membuat perbandingan, di antara kerajaan BN dan kerajaan baru yang diberi peluang.
Segalanya bermula dengan kegagalan janji-janji 100 hari. Kemudian satu demi satu kepincangan dan kebobrokan Pakatan Harapan terserlah yang melibatkan salah guna kuasa, rasuah dan urus tadbir yang sangat bercelaru.
Setelah Tun Mahathir letak jawatan, maka kerajaan Pakatan Harapan terbubar dengan sendirinya. Kemudian diambil alih oleh Muhyiddin Yassin bergabung dengan blok baru setelah PPBM isytihar untuk keluar dari Pakatan Harapan.
Rakyat mula merasa lega tetapi rupanya untuk seketika sahaja. Kerajaan kepimpinan Muhyiddin Yassin rupanya lebih teruk daripada yang disangka sehingga rakyat memberi pengiktirafan – KERAJAAN GAGAL!
Oleh kerana rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Melaka sangat merindui zaman BN dan terlalu ingin kembalikan Barisan Nasional menerajui negara, maka ia perlu dimulakan di PRN Melaka 2021 nanti memandangkan – BN is still the best!