PRN Melaka: Penyandang 3 penggal tak dicalonkan semula

PRN Melaka: Penyandang 3 penggal tak dicalonkan semula, kata Tok Mat

Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak mencalonkan semula penyandang yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selama tiga penggal pada pilihan raya negeri (PRN) 20 Nov ini.

Pengarah Pilihan Rayanya, Mohamad Hasan berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai pemimpin pelapis diberi peluang selaras dengan janji yang diberikan pada Perhimpunan Agung Umno lalu.

“Selaku Pengarah PRN, untuk menterjemah hasrat parti untuk melakukan peremajaan dan proses memberi peluang pelapis-pelapis untuk ambil tempat.

“Mereka ini calon baharu dan bukan sebarangan orang, mereka juga pemimpin di peringkat bahagian, tetapi mereka ini dahulunya lama duduk di bawah,” katanya memetik laporan portal Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Negeri Sembilan sebagai ‘negeri angkat’ bagi tiga DUN di Parlimen Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Jelas Mohamad, ramai wakil rakyat sebelum ini terdiri mereka yang telah berkhidmat tiga penggal dan mereka memberi laluan kepada calon muda setelah mewakili DUN masing-masing.

Mohamad berkata, susulan keputusan itu, pihaknya percaya tiada istilah ‘merajuk’ bagi calon lama yang tidak dicalonkan lagi.

“Ini tidak ada masalah. Datuk Latipah, Datuk Amiruddin, semua ada di sini tadi, mereka berjanji dan telah pun menyerahkan tugas pengarah pilihanraya DUN kepada bakal calon,” katanya. FMT

PRN Melaka: Penyandang 3 penggal tak dicalonkan semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker