PRN Melaka : Rauf “Do or Die”
Oleh Zam
Pada 8 November 2021 ini adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang mana diadakan setelah penarikan sokongan 4 adun kerajaan ketika itu.
Selepas PRU 14, Negeri Melaka telah ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Adly Zahari dari parti Amanah bersama barisan adun PH seramai 13 orang dengan sokongan adun PPBM.
Namun hayatnya tidak panjang apabila selepas 22 bulan PH menjadi kerajaan akhir berpecah lagi dengan penarikan diri PPBM dari menyokong kerajaan sedia ada saat itu dan menyebabkan PH kembali tersungkur di pusat dan juga beberapa negeri.
Ini kerana mereka (PH) banyak menguris hati masyarakat melayu Islam di Malaysia khasnya dan Melaka amnya dimana pelbagai janji yang ditabur ketika PRU 14 tidak dapat ditunaikan oleh PH ketika menjadi kerajaan.
Tanggal 9 Mac 2021, Adun Lendu Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru dan bermula era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Melaka dan pada 13 Mac acara angkat sumpah exco kerajaan negeri berlangsung.
https://www.astroawani.com/video-malaysia/sulaiman-md-ali-angkat-sumpah-ketua-menteri-melaka-ke-12-1837555
Strategi politik Melaka ketika itu berjaya menumbangkan PH yang mana di ketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka merangkap Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah Dato’ Ab Rauf Yusoh.
Ramai yang mengakui bahawa ketegasan dan keberanian Ab Rauf membuat keputusan dalam politik cukup memberi kesan kepada keseluruhan organisasi terutamanya di Melaka.
Ketegasan Rauf “Do or Die” telah menterjemahkan beberapa keputusan yang sangat positif dan kini Melaka bakal menghadapi PRN tidak beberapa hari lagi setelah penarikan 4 adun. Malah BN nekad akan bergerak secara solo kali ini.
Namum begitu Rauf mempunyai pelbagai strategi politik yang bakal menjanakan hasil yang baik dan dibantu dengan peranan jentera pusat serta jentera akar umbi yang begitu bersemangat untuk merampas kembali Melaka dalam PRN kali ini.
Kesiap siagaan semua jentera parti di semua peringkat ketika ini bagi Negeri Melaka amat memuaskan dengan peranan serta tugas yang telah diagihkan secara sistematik menjelang hari penamaan calon.
Suasana itu dapat dilihat dibeberapa kawasan yang telah membuka bilik gerakan (markas) pilihanraya yang mana turut dihiasi bendera parti UMNO dan Barisan Nasional.