Bekas menteri ‘kereta terbang’, nafi berita gempar mahu keluar parti

SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menegaskan, beliau tidak akan sesekali meninggalkan Bersatu sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Malah katanya, jiwa beliau masih dengan Bersatu dan bukanlah kaki lompat sebagaimana sesetengah ahli politik yang mempunyai kepentingan tertentu.

“Tak ada apa yang saya nak sembunyikan. Yang pasti, saya tetap dalam Bersatu selagi mana akar umbi mahu melihat kelestarian perjuangan Bersatu,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di sini pada Selasa.



Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan kontroversi yang mendakwa akan membuat pengumuman penting pada 9 November depan, iaitu sehari selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Negeri (PRN) Melaka.

Jelas Mohd Redzuan, kenyataannya sebelum ini disalah tafsir oleh media yang bertanyakan tentang pendapatnya berkaitan kemampuan Bersatu dan PN menang dalam PRN Melaka.

Beliau menambah, pengumuman yang dimaksudkan adalah berkaitan rumusan berkaitan calon.

“Ia tak ada kena mengena dengan saya nak tinggalkan Bersatu atau nak lompat. Saya bukan kaki lompat. Tapi, saya akan bekerjasama dengan orang ada ciri-ciri yang akan melestarikan kepimpinan Melayu.



“Saya tak boleh nak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini sebab pencalonan belum diumumkan.

“Mungkin saya boleh buat kenyataan yang mungkin mengejutkan pada 9 November atas sebab kita mempunyai data-data terkini yang kita telah kaji secara spesifiknya di Alor Gajah, di mana sikap pengundi kita faham hari ini mereka lebih kepada memilih calon,” jelasnya.

Bekas menteri ‘kereta terbang’, nafi berita gempar mahu keluar parti


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Visi Keluarga Malaysia Ismail Sabri beri inspirasi dan cahaya ‘keyakinan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker