Australia buka sempadan antarabangsa selepas 20 bulan ditutup

Sebaran :

Australia secara rasmi membuka sempadan antarabangsa – selepas 20 bulan ditutup – sekali gus membenarkan orang awam yang lengkap divaksin melakukan perjalanan.

Penerbangan Qantas Airways dari Los Angeles mendarat di Sydney jam 6 pagi semalam – antara pesawat pertama yang membenarkan penduduk Australia yang divaksin keluar tanpa perlu menjalani kuarantin.

Penumpang antarabangsa menjadi pelawat pertama tiba di Sydney melalui Singapore Airlines.

Walaupun penerbangan awal terhad kepada warganegara Australia, penduduk tetap dan keluarga terdekat, negara ini sudah bercadang untuk membuka semula sempadan kepada pelancong dan pekerja antarabangsa.



Warga Australia dan penduduk tetap yang tinggal di luar negara kini boleh kembali semula tanpa kawalan, dengan data Kementerian Luar menunjukkan kira-kira 47,000 bakal memasuki negara dalam masa terdekat.

Bermula 21 November ini, penduduk Singapura juga berpeluang ke ke Australia, tanpa menjalani kuarantin. -Agensi

Australia buka sempadan antarabangsa selepas 20 bulan ditutup


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


11 individu dikaitkan laporan Edisi Siasat buat laporan


Sebaran :

Leave a Reply