Main belakang – Khairy rujuk kerjasama pembangkang, bukan Anwar – peguam
Main belakang – Khairy rujuk kerjasama pembangkang, bukan Anwar – peguam
Kenyataan yang dibuat Khairy Jamaluddin merujuk kepada kerjasama pembangkang yang dimeterai sebelum pilihan raya dan bukan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan liwat, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.
Peguam menteri kesihatan itu, Muhammad Shafee Abdullah berkata konteks ucapan amat penting kerana ia dibuat sebaik sebelumn PRU12 pada 2008.
Membuat penghujahan menerusi telesidang dari New York, Amerika Syarikat, Shafee berkata waktu sebelum pilihan raya, parti politik sememangnya memberi ucapan yang diperbesar-besarkan.
“Ia adalah ucapan humor tetapi maksud yang ingin disampaikan adalah dalam konteks kerjasama (marriage of convenience) pakatan politik, di mana meeka (parti pembangkang) ‘berkahwin’ sebelum pilihan raya dan berpisah kemudiannya.
“Ia pernah berlaku dalam PRU sebelumnya, seperti pada 2004 dan 2008, di mana parti pembangkang bersatu dan kemudiannya ‘bercerai’.
“Dalam ucapan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP disebut sebagai ‘kahwin kekal’, tetapi pembangkang ‘kahwin muta’ah’, iaitu perkahwinan kontrak, ia boleh jadi sependek beberapa hari hingga sebulan,” kata Shafee.
“Anak guam saya bercakap tentang parti politik, anda tak boleh liwat parti politik, itu mustahil. Ia diucap dalam konteks kiasan.
“Apa yang dia (Khairy) mahu katakan adalah BN ‘kahwin kekal’, sementara pembangkang pula sebuah marriage of convenience, kahwin kemudian cerai,” katanya kepada panel tiga hakim yang dipengerusikan Lee Swee Seng.
Katanya lagi, ucapan itu lebih bersifat politik berbanding fitnah.
Khairy memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM150,000 kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, atas dakwaan membuat kenyataan “main belakan” pada 2008.
Ketika itu, mahkamah mendapati Khairy bersalah memfitnah Anwar dalam ucapan yang dibuat di Lembah Pantai sebelum PRU12.
Ketika perbicaraan, Khairy menegaskan dia tidak pernah memfitnah Anwar dan kenyataan itu merujuk kepada apa yang menurutnya sebagai kecenderungan pembangkang untuk membuat pakatan sementara.
Susulan penghujahan Shafee, panel hakim menangguhkan prosiding ke Januari tahun depan.
Ketua pasukan peguam Anwar yang diketuai Gopal Sri Ram dijangka menyampaikan penghujahan balas ketika perbicaraan disambung nanti. mk
Main belakang – Khairy rujuk kerjasama pembangkang, bukan Anwar – peguam
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
- Pengeluar Kereta Stellantis Ambil Alih Sepenuhnya Kilang NAZA Di Gurun, Kedah
- Kes Bunuh Zulfarhan: 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah
- Amanah sangat ‘terdesak’ mahu Idris untuk raih undi Melayu
- Mahathir nafi guna wang kripto
- Kena maki scammer, duit lambat masuk
- Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’
- Bank enggan terima duit rosak, lakukan ini segera
- Bengang tidak dipilih semula, bekas ketua kampung cabut tiang elektrik
- Yatt Hamzah jadi cleaner di Masjid Nabawi
Layari Laman Facebook MYKMU
Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee