Kes Kematian Zulfarhan: “Saya Maafkan Mereka, Walaupun Sekali Tidak Minta Maaf” [VIDEO]

Kes Kematian Zulfarhan: “Saya Maafkan Mereka, Walaupun Sekali Tidak Minta Maaf” [VIDEO]

“Saya sudah maafkan mereka”. Itu luahan ayah pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Zulkarnain Idros, 57, berkata, meskipun berat untuk dia memaafkan dan sukar melupakan apa yang telah berlaku, beliau menghormati namun segala keputusan yang telah ditetapkan pihak mahkamah.

“Saya maafkan kesemua mereka…,” katanya ketika ditemui lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas keputusan kes itu di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun menurut Zulkarnain apa yang membuatkan beliau terkilan tertuduh dan keluarga tidak datang berjumpanya ataupun untuk meminta maaf.

“Keluarga tertuduh mahupun tertuduh langsung tidak datang berjumpa saya dan isteri untuk meminta maaf kepada kami. Seolah-olah seperti anak saya pula yang bersalah,” ujarnya.

Tambahnya, beliau berterima kasih kepada pihak mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada semua tertuduh.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, apa yang penting, beliau berharap orang ramai mengambil iktibar terhadap kes yang terjadi kerana impaknya amat besar.

“Saya pesan kepada masyarakat supaya, jauhi sifat membuli, kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga. Saya kehilangan anak sulung saya, anak-anak kehilangan abang sulung, serta idola mereka, sememangnya perkara seperti akan memberi kesan kepada saya dan keluarga seumur hidup kami,” katanya lagi.-K!ONLINE

Kes Kematian Zulfarhan: “Saya Maafkan Mereka, Walaupun Sekali Tidak Minta Maaf” [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Cetus Huru Hara Tikam Orang Ramai Hingga 17 Cedera [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker