Dzulkefly desak wujud jawatan ketua pengarah kesihatan baharu

Dzulkefly desak wujud jawatan ketua pengarah kesihatan baharu

Bekas Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan Ketua Pengarah Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan (KKM), di samping jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sedia ada yang disandang Dr Noor Hisham Abdullah.

Dzulkefly (PH-Kuala Selangor) berkata dengan kewujudan dua jawatan berkenaan, ia membolehkan Hisham menumpukan hal berkaitan kawal selia dan urusan berkait hospital manakala satu lagi jawatan ketua pengarah fokus kepada pengurusan kesihatan awam.



Beliau berkata, ini kerana keupayaan untuk sektor kesihatan bertindak sangat terhad dan kewujudan jawatan baharu ini mampu memperkasakan lagi kesihatan awam.

“Berdepan cabaran penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, sistem penyampaian kesihatan memerlukan reformasi antaranya kita perlu buat bagi perkasakan kesihatan awam paling tidak mesti bahagikan untuk tangani kesihatan awam oleh seorang ketua pengarah baharu di samping ketua pengarah (sedia ada) yang menjaga aspek ‘regulatory atau hospital based’,” katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, reformasi kesihatan awam juga sangat penting memandangkan banyak kajian sudah dibuat sejak 80-an mengenai kesihatan awam tetapi negara masih menggunakan sistem penyampaian yang lapuk.

Beliau turut merujuk kajian terbaru bertajuk Projek Reformasi Sistem Kesihatan di Malaysia oleh Harvard School of Public Health pada 2017.



“Sudah terlalu lama kajian ini dibuat dan kita masih menggunakan sistem penyampaian lama. Kita perlu garap semula (sistem kesihatan) bagi perkasakan sektor kesihatan awam,” katanya. FMT

Dzulkefly desak wujud jawatan ketua pengarah kesihatan baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker