Tidak Menjadi Kesalahan Malaysia Meneruskan Rayuan Isu Pulau Batu Puteh – Najib

Tidak Menjadi Kesalahan Malaysia Meneruskan Rayuan Isu Pulau Batu Puteh – Najib

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang tidak meneruskan semakan kehakiman tuntutan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi penghakiman yang memberi kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura pada 2008 mengejutkan Singapura.

Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana tidak menjadi kesalahan jika Malaysia meneruskan rayuan berhubung Pulau Batu Puteh di ICJ dan boleh jadi negara menang dalam tuntutan tersebut.

“Ya kita sudah kalah tapi apa salahnya kita teruskan rayuan, boleh jadi kita menang siapa tahu kalau menang kedaulatan negara kita terbela, dalam isu kedaulatan ini tak ada kompromi, sebab itu kita mesti soal siasat kenapa, mengapa rayuan kita ditarik balik pada saat akhir.

“Singapura pun terkejut kita buat keputusan tersebut, kita pun tak faham dan harapnya kita mesti siasat dan nak tahu jawapan ( ia ditarik),” katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib dalam masa yang sama turut berkata yang beliau terkilan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr. Mahathir menarik rayuan tersebut terdapat fakta baharu bagi mencabar keputusan yang memihak kepada Singapura.

“Saya amat terkilan mengapa Perdana Menteri ketujuh membatalkan rayuan kita ke ICJ kononnya kita kena terima keputusan secara muktamad, tapi ada kluasa dalam ICJ di mana kalau ada fakta baharu kita boleh buat rayuan dan kita ada fakta baharu kurang-kurang tiga fakta baharu yang menyebabkan Kabinet yang saya pengerusikan ketika itu,” katanya.

Malaysia dan Singapura terlibat dalam pertikaian undang-undang sejak 1979 ketika Malaysia mengeluarkan peta yang menunjukkan Pulau Batu Puteh berada di perairan wilayah Malaysia.

Tidak Menjadi Kesalahan Malaysia Meneruskan Rayuan Isu Pulau Batu Puteh – Najib

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bantuan Keluarga Malaysia bertambah, 4.8 juta bujang penerima layak

Kembali perkasakan penyatuan ummah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker