Majlis sosial punca 49 individu positif Covid-19



PUTRAJAYA – Seramai 49 daripada 58 individu yang disaring dalam kluster Kimolohing disahkan positif Covid-19.

Menerusi data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kluster tersebut tercetus daripada penganjuran majlis sosial yang diadakan pada 12 hingga 16 Oktober di Kampung Kimolohing, Ranau, Sabah.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes No 2, 398, 881 yang melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun.

Lelaki berkenaan mula bergejala pada 17 Oktober sebelum dilapor positif dua hari kemudian.

Sementara itu, dalam laporan sama, KKM merekodkan kluster berulang kali kedua iaitu kluster Industri Jalan Elkay Utama 2 yang melibatkan 75 kes positif.




Ia membabitkan pekerja-pekerja kilang yang terletak di terletak di Jalan Elkay Utama, Lipat Kajang, Jasin, Melaka.

Kes indeks 2,339, 379 merupakan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang dilapor positif pada 10 Oktober hasil saringan kontak rapat.

Kali pertama kluster Industri Jalan Elkay Utama 2 dikesan pada 23 Ogos lalu.

Majlis sosial punca 49 individu positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ successful recovery from Covid-19 in latest social media posts



Leave a Reply

Your email address will not be published.