MCA tanding 8 kerusi DUN, MIC satu kerusi?
PETALING JAYA: MCA akan bertanding lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, sumber dalaman MCA berkata, parti itu akan mengekalkan semua kerusi tersebut sekali gus menjadi fokus merampasnya daripada penyandang-penyandang terdahulu.
“Kalau boleh MCA mahu mengekalkan kerusi-kerusi lama,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.
Pada PRU14, MCA bertanding di kerusi DUN Machap Jaya (Datuk Koh Nai Kwong); Kelebang (Datuk Lim Ban Hong); Ayer Keroh (Chua Kheng Hwa); Kesidang (Datuk Ng Choon Koon); Kota Laksamana (Melvin Chua Kew Wei); Duyong (Lee Kiat Lee); Banda Hilir (Lee Chong Leng); Bemban (Koh Chin Han) namun kalah di semua kerusi berkenaan.
Mengulas lanjut, sumber berkata, kemungkinan besar rancangan tersebut akan mencetuskan konflik kepentingan dalam gabungan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO kerana parti keramat Melayu itu dijangka meletakkan calon masing-masing di kerusi sama dipertandingkan MCA.
Untuk berdepan keadaan itu, kata sumber, pihaknya akan berunding di peringkat tertinggi BN bagi mencapai kata sepakat selain urusan agihan kerusi dan calon daripada setiap parti dapat diselesaikan.
“UMNO tidak mahu mengorbankan kerusi dan bertanding di kawasan yang boleh menang, jadi, kalau begitu, MCA terpaksa akur kerana menyedari MCA tidak sekuat UMNO. Kecualilah MCA boleh meyakinkan mereka bahawa calon-calon MCA adalah yang terbaik dan boleh menang,” katanya.
Ditanya mengenai pendirian MCA berkenaan kewajaran BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), menurutnya, Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mahu kedua-dua pihak menjalin kerjasama walaupun status kerjasamanya masih belum jelas.
“Kalau ikutkan Presiden, beliau mahu kerjasama dengan PN. Sudah tentulah beliau mahukan perkara ini kerana beliau merupakan salah seorang menteri di dalam kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres India Malaysia (MIC), M. Asojan berkata, sejak dahulu lagi partinya diberikan satu kerusi bertanding menyorot beberapa penggal pilihan raya terdahulu parti itu bertanding di DUN Gadek.
Terdahulu, MIC pernah bertanding di Gadek pada pilihan raya lalu menampilkan P. Panirchelvam dengan mendapat 4,085 atau 31.6 peratus undi namun tewas oleh G. Saminathan daripada DAP.
“Untuk calon MIC sudah tentulah MIC tidak memilih sembarangan. Kami akan mempertimbangkan aspek pendidikan, pengalaman, cara berkomunikasi dan juga usia calon.
“Cuma setakat ini, kami belum bermesyuarat dan sebarang keputusan perlu datang daripada BN. Dari dahulu lagi kami tidak pernah lari daripada prinsip kebersamaan dalam BN,” katanya.
Utusan Malaysia cuba menghubungi Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran dan Timbalannya, Datuk Seri M. Saravanan namun gagal setelah panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas tidak dibalas
MCA tanding 8 kerusi DUN, MIC satu kerusi?
Baca Artikel Menarik :
- PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR
- DAP tentang Norhizam sebagai calon PH
- Muhammad nama popular di UK?
- Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
- Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH
- Timah, hanya modal untuk serang PAS – Tuan Ibrahim
- Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui
- Lelaki Terkaya Di Asia Miliki Aset RM415 Billion Setara Elon Musk dan Jeff Bezos
- Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim
- Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis
- Mana ada orang betul-betul kaya baling duit
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.