Percutian berakhir tragedi, budak maut jatuh hotel

Percutian berakhir tragedi, budak maut jatuh hotel

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui mati dipercayai akibat terjatuh di sebuah hotel di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Kejadian menimpa Nur Airis Hafeeya Faizal, 6, dilaporkan berlaku selepas mangsa baru selesai mandi di kolam renang hotel itu bersama keluarganya.



Menceritakan kejadian itu, ibunya Siti Norra Salleh, 44, berkata mereka sekeluarga bersiap mahu naik ke bilik dan anaknya itu tiba-tiba meluru masuk ke dalam lif selepas melihat orang awam keluar.

“Kami tidak sempat naik lif itu bersamanya dan pintu lif itu juga tutup dengan cepat sebelum mayatnya ditemukan di tingkat dua. Kami tidak menyangka mayat yang ditemukan itu adalah Nur Airis Hafeeya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

“Ketika mencarinya, kami dikejutkan dengan penemuan tubuhnya yang tidak bernyawa di tingkat dua hotel berkenaan.”

Siti Norra berkata, mereka sekeluarga menginap di hotel di Tanjung Bungah itu sejak semalam bagi bercuti sebelum menghantar anak sulungnya ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Balik Pulau di sini, hari ini.



“Saya baru sahaja kehilangan ibu dan kini anak pula namun saya reda biarpun amat berat menerima kenyataan itu.

“Masih ingat pada hari kematian ibu, saya meminta Siti Airis Hafeeya mencium datuknya dan dia berkata boleh berjumpa datuknya di syurga dan kini baru saya tahu maksudnya,” katanya.

Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.



“Polis menerima maklumat mengenai kejadian jam 12.20 tengah hari dan buat masa ini siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. FMT

Percutian berakhir tragedi, budak maut jatuh hotel


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




3 pemimpin Umno konsensus pilih calon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker