Penan takut vaksin, lari masuk hutan

Penan takut vaksin, lari masuk hutan

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sedang mencari pendekatan sesuai untuk memujuk masyarakat Penan di pedalaman Ulu Baram yang enggan menerima vaksin COVID-19 supaya segera mendapatkan pelalian itu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, bagi memastikan kelancaran usaha itu, kerajaan akan terus meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat di kawasan terbabit untuk mencari jalan bagi meyakinkan masyarakat minoriti itu terhadap program imunisasi.

Beliau berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai kaedah bagi memastikan masyarakat Penan menerima suntikan vaksin COVID-19 termasuk menyediakan vaksin dos tunggal, CanSino bagi memudahkan mereka.

“Vaksin dos tunggal ini adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang tinggal jauh di pedalaman seperti masyarakat Penan. Malah penggunaan vaksin CanSino juga memudahkan kakitangan perubatan kerana tidak perlu datang dua kali ke kawasan penempatan mereka,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi JPBN Sarawak berkata demikian ketika menghadiri taklimat Jabatan Kesihatan mengenai program dos penggalak dan program vaksinasi remaja di kampus Universiti Curtain, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr Raviwharmman mengenai masalah yang dihadapi dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam memberikan pelalian kepada masyarakat Penan.

“Dr Raviwharmman memberitahu saya bahawa Jabatan Kesihatan Miri sudah enam kali cuba untuk memujuk agar masyarakat Penan bersetuju divaksinasi. Usaha itu termasuk oleh pegawai kerajaan, wakil rakyat, pemimpin masyarakat berpengaruh, NGO dan pertubuhan agama, namun masih belum berhasil,” katanya.

Uggah berkata, walaupun tidak menghadapi masalah untuk menerima rawatan atau prosedur perubatan yang lain, masyarakat Penan itu enggan menerima suntikan berkenaan, malah akan lari ke dalam hutan apabila pasukan vaksinasi tiba, sekali gus menjadi cabaran besar untuk memastikan kelancaran PICK di negeri ini. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Penan takut vaksin, lari masuk hutan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker