Mafia Itali makan tikus dalam ritual perdamaian

Mafia Itali makan tikus dalam ritual perdamaian

ROM – Polis Itali merampas beratus-ratus ekor tikus daripada kumpulan mafia tempatan yang menyimpan makhluk perosak itu untuk dimakan dalam upacara perdamaian, lapor akhbar Daily Star semalam.

Tiga orang ditangkap semasa serbuan polis selepas anggota-anggota keselamatan menyerbu sebuah ladang kanabis di selatan Itali. Mereka turut menemui beratus-ratus ekor tikus jenis dormice yang disimpan kumpulan penjenayah tersebut.



Beberapa sangkar dipenuhi tikus hidup untuk dibunuh dan makan, manakala polis turut menemui 235 bangkai tikus di dalam peti sejuk beku, demikian menurut akhbar Telegraph.

Snek tikus dipercayai popular dalam kalangan anggota mafia Ndrangheta yang berpengaruh. Mereka menghidangkan menu tikus kepada tetamu dalam majlis makan malam bagi tujuan perdamaian

Sesetengah restoran pula sengaja membiarkan ekor tikus tidak dipotong supaya pelanggan tahu haiwan yang mereka sedang makan.

Akhbar Itali, Corriere della Sera melaporkan bahawa ketua-ketua mafia Ndrangheta membuat keputusan penting ketika makan hidangan tikus tersebut.



Haiwan itu kerap kali ditangkap untuk dimakan selepas musim sejuk ketika ia masih lemah daripada hibernasi. K Online

Mafia Itali makan tikus dalam ritual perdamaian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




3 pemimpin Umno konsensus pilih calon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker