“Kot Ye Pun Nak Lepas Rindu” Gelagat Biawak Berpelukan Di Tengah Jalan Ganggu Lalulintas [VIDEO]

“Kot Ye Pun Nak Lepas Rindu” Gelagat Biawak Berpelukan Di Tengah Jalan Ganggu Lalulintas [VIDEO]

Memandangkan sekarang ini merentas negeri dibenarkan, pastinya ramai yang mengambil peluang ini untuk pulang bertemu dengan keluarga di kampung halaman.

Sejak jalanraya dah mula sibuk, jalan jammed merupakan perkara biasa yang perlu dihadap oleh pemandu-pemandu kereta. Tidak kira sama ada mahu pulang ke kampung ataupun bergerak ke tempat kerja.

Bukan sahaja orang biasa malah dua ekor biawak ini juga turut sama terharu apabila diberikan kesempatan untuk pulang bertemu keluarga mereka.



Gelagat dua ekor biawak yang berpelukan di tengah jalan ini mencuit hati netizen apabila mereka dilihat seakan-akan melepaskan rindu selepas lama tidak berjumpa. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, dua ekor biawak itu dirakamkan sedang berpelukan di tengah jalan oleh pemilik video ini. Malah turut kelihatan, beberapa kereta lain yang melalui jalan itu terpaksa mengalah dan ke tepi untuk tidak terlanggar mereka ini.

Menerusi video perkongsian TikTok @jaamusangmanja, dia sempat merakam satu kejadian yang menggeli hati ketika memandu di satu jalan yang dilihatkan sesak.

VIDEO DIBAWAH:-

https://www.tiktok.com/@jaamusangmanja/video/7019189290949168386?referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F&referer_video_id=7019189290949168386&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7000738752680445441



Bukan itu sahaja, gelagat mereka yang berpelukan ini turut menyebabkan jalan tersebut sesak apabila pemandu yang melalui jalan itu perlu memperlahankan kereta mereka. Lebih mencuit hati, kedua-dua biawak itu langsung tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Dalam masa yang sama, para pemandu dilihat memberikan laluan kepada biawak itu dan langsung tidak menganggu mereka yang sedang berpelukan ini. Sekali pandang, ramai yang menganggap mungkin juga biawak itu mahu melepaskan rindu selepas lama tidak berjumpa.

Di ruangan komen, gelagat biawak yang berpelukan ini turut menghiburkan netizen yang menonton. Malah ada yang berseloroh meminta kedua-dua biawak itu untuk tidak menghalang jalan dan kembali berpelukan di tepi jalan sahaja.



“Kot ye pun nak lepas rindu, duk lah tepi sikit…”

“Member terharu dah boleh rentas…”

“Bila hati dah berbunga, peluk tengah jalan pun tak sedar.”

“Jangan kacau diorang dah setahun tak jumpa tu.”

Betul ke biawak peluk sebab rindu? Ini penjelasannya..

Rupa-rupanya aksi berpeluk itu bukanlah disebabkan mereka rindu antara satu sama lain. Tetapi, menurut Parapuan, sekiranya ada dua ekor biawak kelihatan seperti sedang berpeluk, kedua-dua biawak tersebut sebenarnya biawak jantan yang sedang bertarung untuk menunjukkan kekuatannya!



Sekiranya tiada yang kalah dalam pertarungan itu, kedua-dua biawak jantan tersebut tidak akan berganjak dari tempat mereka. Wah, dah macam game gusti dah ni!

Oleh itu, pemandu dinasihatkan untuk perlahankan kenderaan dan berhati-hati di jalanraya sehingga melepasi kawasan di mana biawak-biawak itu sedang bertarung. Elakkan risiko untuk ditimpa kemalangan.-HCL



“Kot Ye Pun Nak Lepas Rindu” Gelagat Biawak Berpelukan Di Tengah Jalan Ganggu Lalulintas [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker