Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
Pendirian kerajaan mengenakan tindakan terhadap golongan enggan divaksin bukan bertujuan untuk menganiaya sebaliknya ingin mengelakkan mudarat lebih besar dalam mendepani wabak Covid-19 di dalam negara, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.
“Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan bukanlah hendak menganiaya atau menzalimi mana-mana pihak namun dalam usaha memerangi Covid-19, adalah penting untuk kerajaan berusaha mengelakkan mudarat lebih besar.
“Jadi, apa yang kerajaan lakukan ini ialah bertujuan menjaga nyawa orang ramai supaya mereka dapat melindungi nyawa orang lain,” katanya pada sidang akhbar khas di Wisma Pertahanan pada Isnin.
Beliau berkata, golongan enggan divaksin bebas untuk kekal dengan pendirian mereka namun tidak boleh menganggap hak yang diberikan kepada individu yang divaksin akan diperluas kepada mereka.
Pada Ahad, Ismail Sabri dilapor berkata, kerajaan tidak berniat mahu menyusahkan mana-mana pihak dengan mengenakan pelbagai peraturan ketika menangani pandemik Covid-19 sebaliknya golongan yang enggan mengambil vaksin hanya menyusahkan diri sendiri kerana tidak dapat menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan berbanding mereka yang lengkap vaksinasi.
Hishammuddin juga berkata, pelaksanaan Eksesais Bersama Gold 2021 yang bermula 8 Oktober lepas dan tamat hari ini, menerima maklum balas positif daripada peserta Australia, New Zealand, Singapura serta United Kingdom.
Eksesais itu dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah.
Selain itu, ia melibatkan lebih 2,000 anggota tentera dari negara peserta termasuk Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom
Disyorkan artikel ini:
Malbatt 850-9: Kali pertama dalam sejarah ATM disertai ramai wanita
Hishammuddin kemuka isu kerjasama Asia
SOP PPN akan dikurangkan daripada 181 kepada 10
Hishammudin turut memaklumkan satu sidang video antara beliau dan Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin N Lorenzana berlangsung pada Isnin bagi membincangkan tindakan memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
“Perkara lain yang dibincang termasuk usaha memastikan keamanan wilayah Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Selatan Filipina.
“Kerajaan turut bersetuju mengadakan mesyuarat peringkat menteri antara Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam memperkukuhkan lagi inisiatif Perjanjian Kerjasama Tiga Hala (TCA),” katanya. Sinar
Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
Baca Artikel Menarik :
- Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
- Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
- Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?
- PRN Melaka mampu cetus teori domino di Perak, Johor
- Terjah rumah pukul 3 pagi kerana mahu selamatkan Iqbal yang disihir – Dr. Vida
- Lelaki perkosa mayat wanita kerana terlalu cantik
- Lupakan Switzerland, jom ke Pakistan, cantik, murah dan halal
- Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya
- Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..
- Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]
- Bomoh durjana: Usap peha dan gosok kemaluan sebelum rogol bakal pengantin/a>
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.