Elak pemimpin luar masuk

SHAH ALAM – Pemimpin dari negeri lain tidak digalakkan masuk ke Melaka untuk berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 20 November depan.

Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, aktiviti kempen membabitkan orang luar sepatutnya dikurangkan.

“Elakkan rentas daerah dan rentas negeri. Bagilah orang tempatan berkempen untuk memilih wakil rakyat mereka.

“Jadi, tidak digalakkan kalau pemimpin dari luar negeri dan juga luar sempadan masuk ke kawasan-kawasan itu (kawasan di Melaka),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 November, manakala pengundian awal ialah pada 16 November.

Siapa bakal menang PRN Melaka

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, ia bagi mengelakkan penularan Covid-19 berlaku dan kejadian seperti PRN Sabah berulang kembali.

“Tetapi itu terpulang kepada SPR. Kita pun sudah sampai imuniti kelompok. Jadi, mungkin kita boleh ketatkan SOP, tetapi beri juga ruang kepada mereka berkempen sedikit sebanyak,” jelasnya.

Mengulas mengenai cara berkempen, Mohd Redzuan yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, biasanya kempen secara fizikal adalah yang efektif.

“Kempen fizikal yang efektif. Kalau kempen maya tidak ada sangat, itu pun sampingan,” ujarnya.

Beliau berkata, terdapat sesetengah orang mahu merasakan kehadiran fizikal semasa kempen dijalankan.

“Ada orang yang suka hadir kempen secara fizikal, ada yang mahu duduk di rumah. Itu terpulang kepada masing-masing,” kata beliau.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRN Melaka: Libatkan jentera politik negeri sahaja

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker