MB Selangor nafi terima bayaran bulanan daripada sindiket judi

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan beberapa ciapan di Twitter yang mendakwanya menerima bayaran bulanan sebanyak RM150,000 daripada sindiket judi haram untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan politik.

Amirudin menerusi satu ciapan di Twitter pada Isnin menafikan dakwaan yang dibuat oleh pemilik akaun @edisi_siasatmy.

“Berhubung dakwaan mengaitkan saya menerima bayaran bulanan dari sindiket judi haram, saya menafikan dakwaan ini yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut,” katanya.

Pada Ahad, akaun Twitter terbabit memuat naik beberapa ciapan yang mendakwa ramai pihak berkuasa tempatan (PBT), ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP termasuk Amirudin antara individu menerima bayaran bulanan daripada sindiket judi di negeri berkenaan.

Pemilik akaun tersebut turut mendakwa PBT di Selangor menerima jumlah bayaran sekitar RM10,000 hingga RM20,000 setiap bulan mengikut jumlah premis di kawasan seliaan mereka manakala Amirudin pula menerima wang sebanyak RM150,000 sebulan untuk tujuan itu.

“Sindiket-sindiket di Selangor paling besar dan kaya, bukan lagi satu rahsia mereka membayar @PDRMsia @SPRMalaysia untuk beroperasi tapi ramai tidak tahu pegawai di PBT, ahli-ahli politik PKR dan DAP termasuk MB Selangor dibayar bulanan oleh sindiket-sindiket ini. Mereka ini tidak suci.

“Pegawai-pegawai PBT di Selangor dibayar dalam RM10,000 hingga RM20,000 setiap bulan mengikut jumlah premis judi di kawasan tersebut. MB Selangor dapat RM150,000 bulanan dan duit itu diguna untuk kerja-kerja politik setahu ES,” ciap pemilik akaun terbabit

MB Selangor nafi terima bayaran bulanan daripada sindiket judi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lengkap vaksinasi antara syarat mengundi PRN Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker