Mahkamah benar Najib dapat semula pasport ke Singapura

Mahkamah benar Najib dapat semula pasport ke Singapura

Mahkamah Rayuan membenarkan pelepasan sementara pasport Najib Razak untuk memudahkannya melawat anak perempuan beliau, Nooryana Najwa yang akan melahirkan anak kedua tidak lama lagi di Singapura.

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Kamaludin Md Said membuat perintah itu setelah mendengar hujahan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah.



Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, yang hadir sebagai pendakwa raya, tidak membantah permohonan itu dan menyerahkan perkara berkenaan kepada mahkamah.

Kamaludin berkata, pasport akan dikeluarkan pada Rabu untuk Najib memperbaharui dokumen perjalanan itu untuk berada di republik itu mulai 3 November. Beliau mesti menyerahkan pasport itu ke mahkamah pada 22 November.

“Kami membenarkan permohonan itu kerana ia munasabah. Pasport perlu dikembalikan pada 22 November,” katanya.

Dua lagi panel Hakim ialah P Ravinthran dan Abu Bakar Jais.



Ini adalah kali pertama Najib meninggalkan negara ini sejak pemerintahan kerajaan Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018 dan pasportnya kemudian diserahkan kepada mahkamah selepas pertuduhan jenayah dikenakan ke atas beliau.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Mahkamah benar Najib dapat semula pasport ke Singapura


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker