Pemandu Maut Kereta Terbabas Dalam Nahas di Kampung Melayu Subang

Pemandu Maut Kereta Terbabas Dalam Nahas di Kampung Melayu Subang

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta di Jalan Kampung Melayu Subang awal pagi Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Daniel Aifiq memandu sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai menghala ke arah Bukit Jelutong ketika kejadian sebelum dipercayai terbabas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.16 pagi sebelum anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 4.23 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki berumur 22 tahun bersama seorang penumpang.

“Pemandu kereta didapati tersepit di bahagian pemandu manakala penumpang hanya mengalami kecederaan dihantar ke hospital sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, pihaknya kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan alat rescue tool.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-SH

Pemandu Maut Kereta Terbabas Dalam Nahas di Kampung Melayu Subang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker