Juri program lawak Indonesia power tak macam MLM
Juri program lawak Indonesia power tak macam MLM
Pelawak Shahrol Shiro berkongsi pandangannya mengenai beberapa juri program komedi di Indonesia.
Shahrol dalam hantaran di Instagram turut menyenaraikan pencapaian diraih setiap juri program itu dalam bidang komedi.
Mereka terdiri daripada pelawak Indro Warkop, Cak Lontong dan Pandji Pragiwaksono.
“Indro Warkop ialah ‘otai’ komedi di Indonesia sejak tahun 1978. Menubuhkan kumpulan lawak Warkop yang popular. Jika di Malaysia seperti kumpulan Senario.
“Cak Lontong pula ialah ‘stand up’ komedi ‘otai’ yang bijak menggunakan kata-kata dalam persembahan dan dianggap pelawak genius.
“Pandji Pragiwaksono pula pernah membuat persembahan ‘stand up’ komedi di 24 kota di lima benua dunia. Membuka kelas mengajar komedi buat anak-anak ‘stand up’ komedi di Indonesia,” tulisnya.
Menurut Shahrol, mereka mengkritik dan memberitahu di mana kesalahan berdasarkan pengalaman dimiliki.
“Mereka mengkritik dan memberitahu di mana kesalahan berlandaskan pengalaman agar peserta ‘stand up’ komedi Indonesia dapat membetulkan kesilapan serta memberikan persembahan lebih baik dan berkualiti,” katanya.
Hantaran dimuat naik Shahrol itu mendapat pelbagai maklum balas daripada rakan artis pelawak tanah air seperti Saiful Apek dan penggiat industi serta peminat.
Dalam hantaran lain, Shahrol turut memuat naik petikan video komen daripada Indro Warkop menerusi program Stand Up Comedy Indonesia yang disiarkan di saluran Kompas TV.
“Kualiti sebuah kritikan. Jika bagus dipuji jika salah dibetulkan. Beritahu apa yang salah agar dapat diperbetulkan agar menjadi lebih baik atas pengalaman dan ilmu selari dengan bidang.
“Analoginya apa akan jadi jika pemain bola sepak profesional tapi minta komen dan nasihat dari seorang mak andam? Jawapannya disuruh mekap dan ‘touch up’ sebelum masuk padang, jangan lupa bawa kotak tisu senang nak lap peluh nanti,” tulisnya. HM
Juri program lawak Indonesia power tak macam MLM
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU