Warga emas maut dirempuh motosikal

Warga emas maut dirempuh motosikal

HULU SELANGOR – Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas dipercayai dirempuh sebuah motosikal di Jalan Koskan, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kaunter aduan trafik menerima laporan kemalangan tersebut pukul 5.30 petang.



“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dengan pejalan kaki berusia 77 tahun.

“Semasa kejadian, motosikal datang dari arah Sungai Choh menuju ke arah Subang dan sebaik sampai di lokasi kejadian, dia dipercayai gagal mengelak lalu merempuh mangsa yang cuba melintas jalan berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera ringan manakala pejalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan terbabit agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. K Online

Warga emas maut dirempuh motosikal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker