Resepi Kuey Teow Kerang Gerenti Sedap

Resepi Kuey Teow Kerang Gerenti Sedap

Hari ini kami bawakan resepi istimewa buat anda semua iaitu resepi kuey teow kerang. Resepi ini amat lazat dan mengenyangkan kerana perencahnya banyak serta carbohydrate yang cukup.

Kuey teow kerang ini juga tidak memakan masa yang lama. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh menyediakannya. Ianya juga sesuai untuk dimakan pada waktu sarapan.



Resepi ini dikongsikan oleh Arieza Rieza dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Apa lagi jom kita cuba.

Bahan – bahan:

Kuey teow sebungkus
Bawang putih ditumbuk kasar.
Cili kisar
Sos tomato
Kicap mee
Kicap manis
Sos tiram
Kerang siap direbus n dikopek
Tauge
Kucai
Garam perasa



Cara – cara memasak:

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi.
Kemudian. masukkan cili kisar. Tunggu sehingga masak.
Kemudian masukkan semua bahan – bahan kecuali kuey teow. tauge dan kucai.
Kacau – kacau sehingga rasa semua ok.
Lebihkan sedikit garam sebab kuey teownya tawar..
Kemudian masukkan kuey teow, kucai dan tauge.
Kacau – kacau sehingga sebati semua.
Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis.

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Resepi Kuey Teow Kerang Gerenti Sedap




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker