Ahli Parlimen Britain maut ditikam berkali-kali
Ahli Parlimen Britain maut ditikam berkali-kali oleh suspek tidak dikenali
LONDON: Seorang ahli Parlimen Britain maut selepas ditikam beberapa kali dalam satu serangan ketika mengadakan pertemuan dengan sekumpulan ahli politik di sebuah gereja di timur England.
Media tempatan melaporkan, David Amess, 69, dari Parti Konservatif sebelum itu menerima rawatan kecemasan di lokasi kejadian selepas serangan itu berlaku.
Keadaan sebenar Amess pada mulanya tidak diketahui, namun menurut saksi, beliau mengalami kecederaan parah.
Beberapa laporan menyatakan seorang lelaki berjalan memasuki Gereja Belfair Methodist di Leigh-on-Sea, selatan Essex, ketika Amess mengadakan pertemuan dengan sejumlah ahli politik lain dan menyerangnya.
Polis Essex dalam satu kenyataan memaklumkan, anggota polis tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas insiden itu berlaku dan menahan suspek, selain menemukan pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam Amess.
“Kami tidak menyasarkam suspek lain dalam insiden inj dan percaya situasi adalah terkawal,” jelas polis.
Amess menganggotai Parlimen bagi Southend West sejak 1997, dan bergiat aktif dalam politik dari 1983. Utusan
Ahli Parlimen Britain maut ditikam berkali-kali
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.