UMNO pertahan DUN Sungai Udang, Pantai Kundor

UMNO pertahan DUN Sungai Udang, Pantai Kundor

MASJID TANAH: UMNO akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Pantai Kundor yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata kedua-dua kerusi berkenaan yang dimenangi Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan atas tiket BN, akan tetap dipertahankan bagi memastikan kesinambungan pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan terbabit.

Beliau berkata, UMNO Bahagian Tangga Batu sudah pasti melakukan persiapan rapi untuk memastikan kedua-dua kerusi berkenaan dipertahankan selain merampas kembali kerusi DUN Klebang yang jatuh kepada pembangkang.

“Kedua-dua DUN itu adalah kerusi tradisi dan kubu kuat UMNO, mana mungkin kita akan membiarkan sahaja kerusi itu terlepas kepada orang lain.

“Saya yakin dan percaya UMNO Bahagian Tangga Batu diketuai Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sudah menyiapkan jentera parti untuk berhadapan dengan PRN ini,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan dan penyerahan komputer riba kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Parlimen Masjid Tanah, di Kampung Pulau, di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Wira Ismail Othman.

Kerusi DUN Sungai Udang dimenangi Idris dengan majoriti 2,229 undi selepas memperoleh 10,073 undi menewaskan calon PKR, Mohd Lokman Abdul Ghani yang mendapat 7,844 undi.

Di DUN Pantai Kundor pula Nor Azman menang dengan majoriti 772 undi menewaskan calon PKR, Juhari Osman (5,001 undi) dan calon PAS, Abdul Halim Maidin (1,936 undi). BH

UMNO pertahan DUN Sungai Udang, Pantai Kundor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker