Hospital Rom dipenuhi pesakit tanpa vaksin

Hospital Rom dipenuhi pesakit tanpa vaksin

ROM: Sebahagian besar pesakit COVID-19 yang berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Rom dikenalpasti tidak divaksin dan penduduk Itali yang digelar antivaksin digesa untuk mendapatkan suntikan itu.

Seorang pesakit berusia 41 tahun yang berada di hospital Covid ICC Casalpalocco dan hanya mahu dikenal sebagai Franseco berkata, dia mulanya menolak vaksin dan jika boleh diundurkan waktu, dia mahu disuntik.

“Vaksin tidak meyakinkan tetapi malangnya kita perlu melakukannya kerana ia satu-satu perkara yang dapat membantu melawan pandemik ini,” katanya kepada AFP.

Pengarah perubatan, Roberto Mezzanotte, berkata purata dalam 19 pesakit berada dalam ICU kerana COVID-19, 17 daripada mereka adalah tidak divaksin.

“Hampir 90 ke 95 peratus pesakit di ICU tidak divaksin,” katanya kepada AFP.

Pada September lalu, satu analisis yang dijalankan oleh hospital mendapati 69 peratus pesakit COVID-19 adalah tidak divaksin.

“Pesakit di ICU paling ramai tidak divaksin dan mereka berada dalam risiko yang tinggi dan mereka yang mudah berisiko dan memerlukan bantuan intubasi dan pernafasan, kata Mezzanotte lagi.

Seorang lagi pesakit, Salvatore pula mengakui dia menyokong pemvaksinan tetapi masih belum mendapatkan suntikan sebelum mendapat sakit.

“Dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya yang penuh semangat menjadi seperti karung kosong dan tanpa kekuatan,” kata lelaki berusia 55 tahun itu.

Jumaat ini Itali akan menguatkuasakan Green Pass – bukti vaksinasi, negatif saringan dan penyembuhan COVID-19 – yang akan diperlukan oleh semua pekerja di tempat awam atau swasta. BH

Hospital Rom dipenuhi pesakit tanpa vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker