Amalan Yang Meringankan Si Mati Di Dalam Kubur
Amalan Yang Meringankan Si Mati Di Dalam Kubur
Terdapat beberapa amalan yang boleh meringankan si mati, antaranya hadis dari Abdullah bin Abbas r.a.
“Ibu Sa’ad bin Ubadah meninggal, sedangkan ketika itu Sa’ad tiada di sisi ibunya. Kemudian Sa’ad menemui Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata , “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku meninggal dan aku tidak berada di sisinya pada ketika itu. Apakah bermanfaat kepadanya sekiranya aku bersedekah atas namanya?”
Baginda menjawab, “ Ya!”. Sa’ad berkata , Aku berikan kesaksian kepada anda hasil kebunku menjadi sedekah atas nama dirinya.” (HR Bukhari)
Begitu juga hadis lain dari Abdullah Ibnu Abbas r.a. katanya, “Suatu ketika, Nabi s.a.w. telah lalu di hadapan salah satu kebun dari kebun-kebun yang banyak terdapat di Madinah atau Makkah. Tiba-tiba Baginda s.a.w. terdengar suara dua orang manusia sedang diazab di dalam kubur. Lantas Nabi s.a.w. bersabda,
“Kedua-dua orang ini sedang diazab, tetapi bukanlah kedua-duanya diazab kerana melakukan dosa besar (pada pandangan manusia).”
Kemudian Baginda s.a.w. bersabda,
“Bahkan (sebenarnya kedua-duanya diazab kerana melakukan dosa besar,) salah seorang di antaranya tidak memelihara dirinya daripada najis air kencing. Sementara seorang lagi, sentiasa berjalan (keluar dari rumah untuk) mengumpat manusia (dengan niat memberi kemudaratan kepada mereka). Kemudian Baginda s.a.w. meminta dibawa datang kepadanya sebatang pelepah tamar, lalu ia dibelah dua dan kemudian Baginda telah ditanya,
“Wahai Rasulullah! Mengapa Tuan melakukan seperti ini? Lantas Baginda s.a.w. menjawab,
“Moga-moga kedua-duanya diringankan azab oleh Allah, selagi kedua-dua pelepah tamar tersebut tidak kering.”
Dari kedua hadis ini jelas bagi kita bahawa terdapat beberapa amalan yang harus dilakukan bagi meringankan si mati sebagaimana yang diunjurkan oleh Baginda s.a.w.
Walaupun kita tidak tahu bagaimana keadaan si mati tatkala berada di alam kubur, namun dengan beberapa amalan yang diunjurkan oleh baginda s.a.w. ini secara langsung dapat memberi syafaat dan manfaat kepada si mati.
Hutang yang sengaja tidak dibayar juga akan membebankan si mati di dalam kubur
Bahkan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita agar membuat persediaan sebaik mungkin sebelum menempuh hari kematian.
Tujuannya tidak lain dengan persediaan tersebut akan dapat membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung saat berada di alam kubur dan memberi syafaat serta manfaat menempuh kehidupan barzakh.
Antara persediaan itu menurut Baginda s.a.w. ialah, “Apabila mati seseorang insan maka terputuslah segala amalannya di dunia melainkan tiga (amalan). Sedekah jariah (yang ditinggalkan) ilmu yang bermanfaat (yang diajarkan) dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya” HR Tirmizi
Inilah tiga amalan yang seharusnya dilakukan oleh setiap insan ketika hidup. Ia tidak lain sebagai satu bentuk persediaan agar ganjaran dari amalannya itu dapat membantunya saat di alam barzakh nanti.
Amalan Tatkala Berlaku Kematian
Disunatkan membaca Bismillah wa a’la millati rasulillah, sambil menutup kedua-dua matanya.
Disunatkan membaca Inna lillahi wa inna ilahi roji’un setelah mendengar khabar kematian.
Menghebahkan kematian kepada orang ramai supaya mereka tahu serta memberi peluang kepada mereka datang menziarahinya.
Menyelubungkan jenazah. Sunat diselubungkan jenazah dengan kain untuk mengawal keadaannya daripada terdedah kepada pemandangan umum bersandarkan hadis dari Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa sewaktu Rasulullah s.a.w wafat, jenazah Baginda s.a.w. diselimutkan dengan kain bulu yang dibawa dari Yaman.
Menyegerakan pengurusan. Disunatkan menyegerakan pengurusannya kerana bimbangkan keadaan mayat berkenaan akan berubah. Imam Ahmad menyatakan , “Memuliakan mayat itu ialah dengan cara menyegerakan pengurusannya. Imam Abu Daud meriwayatkan, semasa Talhah bin Al Barraa sakit, Baginda Rasulullah s.a.w. telah datang menziarahinya.
Maksud hadis s.a.w.
“Aku lihat Talhah sedang di ambang maut. Apabila dia telah meninggal dunia nanti segerakanlah pengurusannya. Sesungguhnya amat tidak wajar mayat orang mukmin tertahan di tengah keluarganya”.
Amalan Yang Meringankan Si Mati Di Dalam Kubur
Baca Artikel Menarik :
- Senator PAS dikecam lepas kaitkan bunuh diri dengan drama Korea
- Azhar minta Wee perjelas, kemuka bukti
- 10 pasangan selebriti Malaysia ini adalah sepupu
- Pacak tripod, rakam sedang sembahyang – Zul Ariffin
- Ini cubaan halang saya wakili Najib
- Payung terjun gagal dibuka, tentera terjunam ke tanah
- Ribuan dolar AS ditemui dalam tong sampah
- Pandora Papers: Benarkan ia dibahaskan di Parlimen – Najib
- Tiz Zaqyah kena kecam kerana ini….
- Aneka perisa cakoi menjadi rebutan
- Ustaz Don pula jadi mangsa scammer
Layari Laman Facebook MYKMU
Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri
You must be logged in to post a comment.