Kereta Rasmi Juara Tembak Babi Disita

Oleh Nurul Aisyah

MELAKA kecoh lagi apabila polis dilaporkan merampas sebuah kereta rasmi yang digunakan oleh bekas exco, Norhizam Hassan Baktee di sebuah kondominium di Jalan Tun Perak di Melaka, semalam.

Beliau yang juga digelar juara tembak babi dikatakan enggan memulangkan kereta Toyota Camry, dengan nombor pendaftaran MAL 3 berwarna hitam tersebut.



Gelaran tersebut diberikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar kepada Datuk Norhizam Hassan Baktee bukan bermaksud menghina. Sebaliknya ia merujuk Norhizam sebagai wira.

Ketua Polis Melaka, Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya berdasarkan laporan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 11 Oktober, membuat rampasan pada jam 1.20 pagi di tempat letak kereta kondominium beliau.

Siasatan awal mendapati satu surat arahan untuk memulangkan kenderaan tersebut dikeluarkan oleh ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Oktober lalu dan diserahkan kepada pegwai khas Norhizam.

Berdasarkan laporan tersebut, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur.



Seksyen 403 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara enam bulan sehingga lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Setakat ini seramai lima saksi yang terdiri daripada kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Norhizam selaku Adun Bebas, bersama dengan Idris Haron (BN-Sungei Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Noor Effandi Ahmad (BersatuTelok Mas) menarik sokongan mereka kepada kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional / Perikatan Nasional pada 4 Oktober lalu.

Sepatutnya Norhizam pulangkan kereta rasmi tersebut ketika diminta berbuat demikian. Beliau mampu beli kereta yang lebih baik daripada kereta Toyota Camry tersebut. Kredibiliti amat penting sebagai seorang ADUN. Jika beliau gagal mengambarkan diri sebagai seorang pemimpin yang berwibawa maka beliau tidak layak menerima undi dari rakyat.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker