MKN kaji cadangan wajibkan penjawat awam jalani ujian RTK
Kerajaan akan bawa cadangan supaya penjawat awam dan guru menjalani ujian kit ujian pantas (RTK) secara berkala sama seperti yang dilakukan terhadap ahli-ahli parlimen kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas) Abdul Latiff Ahmad.
Dia menjawab soalan tambahan dari Shahruddin Salleh (Pejuang-Sri Gading), yang bertanya adakah kerajaan bercadang melaksanakan ujian RTK kepada penjawat awam dan guru pada setiap Isnin dan Rabu seperti ahli-ahli parlimen ketika bersidang, memandangkan terdapat kira-kira masih terdapat dua peratus penjawat awam masih tidak divaksin.
“Cadangan yang baik. Kita boleh bawa dan bincang dalam mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara) pandemik yang dipengerusikan oleh perdana menteri,” jawabnya ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, ketika ditanya apakah kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjawat awam yang enggan divaksin, Abdul Latiff berkata, ia memerlukan beberapa syarat tertentu dan perlu dilakukan secara berhemah.
Katanya, setakat ini, sebanyak 98.18 peratus kakitangan awam telah menerima vaksin lengkap.
“Maknanya hanya 1.92 peratus daripada 1.6 juta kakitangan awam yang belum divaksin.
“Justeru, suntikan vaksin Covid-19 ni masih lagi berjalan dan dibuat secara sukarela termasuk juga kakitangan perkhidmatan awam.
“Walau bagaimanapun, kalau kerajaan nak wajibkan atau pastikan (kesemua) 1.6 juta ni disuntik, ia perlukan beberapa syarat, peraturan dan engagement supaya perkara ini dapat dilakukan dengan secara berhemah,” katanya.
MKN kaji cadangan wajibkan penjawat awam jalani ujian RTK
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
Mahdzir tepis dakwaan Mara utamakan pelajar dari keluarga kaya
You must be logged in to post a comment.