Dewan Rakyat lulus pindaan RUU KWAN untuk vaksin

Dewan Rakyat lulus pindaan RUU KWAN untuk vaksin

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021 untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 (Akta 399).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun meluluskan usul itu menerusi undi suara selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas bacaan kali ketiga.

RUU itu yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, dibahaskan oleh lapan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang semuanya dilihat bersetuju dengan pindaan berkenaan, namun menggesa Putrajaya membelanjakan dana dengan berhemah.

Pindaan RUU itu bagi memasukkan bahagian baharu iaitu Seksyen 6 (c).

Ia bertujuan membenarkan dana KWAN digunakan untuk perolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin bagi sesuatu wabak dan apa-apa penyakit berjangkit seperti dinyatakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketika penggulungan, Tengku Zafrul berkata Kementerian Kewangan berharap penggunaan dana KWAN melebihi RM5 bilion atau hampir RM6 bilion akan mencukupi bagi menampung perbelanjaan vaksinasi ketika ini.

Katanya sehingga Sept 2021 sebanyak RM3.27 bilion daripada RM5 bilion dana KWAN yang diperuntukkan, telah dibelanjakan.

“Sebanyak RM2.8 bilion bagi tujuan perolehan vaksin, manakala RM432 juta digunakan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Zafrul turut memaklumkan pembelian vaksin tidak menggunakan konsep orang tengah bagi mengelak manipulasi harga.

“Setiap penggunaan dana KWAN juga memerlukan kelulusan menteri kewangan dan sebagai cadangan pengunaannya akan dibentang dalam Kabinet,” katanya.

Zafrul turut menjelaskan, selepas penggunaan RM5 bilion bagi tujuan perolehan vaksin dan program vaksinasi, baki dana KWAN kini tinggal RM15 bilion.

“Setelah ekonomi stabil nanti kita akan usaha menambah semula dana KWAN dengan kerjasama semua pihak,” katanya. FMT

Dewan Rakyat lulus pindaan RUU KWAN untuk vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker