Ini keputusan kabinet berhubung Kes Adib, Pulau Batu Puteh dan dakwaan Tommy Thomas

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan satu jawatan kuasa khas  bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap  kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatan kuasa ini akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut  dianggotai Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri  Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

“Penubuhan jawatan kuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam  memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan  Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan.

“Ia sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka  pengadilan.

“Jawatan kuasa yang dipersetujui Jemaah Menteri ini akan diberi  tempoh selama enam bulan bagi memperoleh dapatan dan cadangan yang akan  dibentangkan di dalam mesyuarat kabinet untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan ketika berada di lokasi kejadian susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya pada 27 November 2018

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan berkata, kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Katanya, kerajaan kini memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada UMNO baru atau lama – Zahid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker