Permohonan kerajaan lucut hak harta keluarga Abdul Azeez 3 Januari tahun depan

KUALA LUMPUR: Permohonan kerajaan untuk melucut hak harta hampir RM16 juta termasuk satu lot kedai daripada keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, akan didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Januari tahun depan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika menetapkan tarikh itu turut meminta semua pihak memfailkan hujahan tertulis masing-masing dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh pendengaran.

Tarikh tersebut ditetapkan pada sesi pengurusan kes yang turut dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya Dona Liyanna Sabariah Azmi yang mewakili pihak pendakwaan selaku pemohon manakala kesemua responden diwakil peguam S. K Shaarvin Raaj.

Responden-responden terdiri daripada isteri Abdul Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd. Noor serta empat anak mereka termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka, Azeera Management Consultants (M) Sdn. Bhd.

Penuntut adalah Maybank Islamic Berhad yang diwakili oleh peguam Choy Kay Chun.

Dalam saman difailkan pada September 2019, kerajaan memohon untuk melucut hak hampir RM16 juta daripada akaun peribadi TH milik isteri Abdul Azeez, empat anak mereka termasuk satu lot kedai.

Pada 18 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan keluarga berkenaan untuk menangguhkan prosiding saman kerajaan itu sementara perbicaraan kes rasuah Abdul Azeez yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen di sini selesai.

Abdul Azeez, 54, sedang dibicarakan atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan hampir RM140 juta, yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn. Bhd.

Permohonan kerajaan lucut hak harta keluarga Abdul Azeez 3 Januari tahun depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Guna nama TMJ, gelaran Datuk Seri palsu terbabit sindiket Forex

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker