Objek hitam besar rupanya ribuan ikan belukang

Objek hitam besar rupanya ribuan ikan belukang

Objek hitam besar rupanya ribuan ikan belukang
Kawanan ikan belukang berwarna hitam berenang laju di sebatang terusan di Canberra Street. – TikTok

SINGAPURA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan fenomena ikan belukang  berwarna gelap membentuk kawanan besar di dalam sebuah terusan  di Canberra Street, Yishun-Sembawang, Singapura, lapor saluran berita Channel News Asia (CNA).

Penampakan objek hitam gergasi dilihat bergerak ke hulu dari laut di sepanjang dasar terusan pada pagi 10 Disember lalu ketika paras air cetek.

Pemerhatian lebih dekat mendedahkan bentuk ikan yang berbeza, dengan setiap satu berkerumun di atas yang lain dalam kelompok yang padat dan bergerak laju.

Seorang penduduk, Regine Tan yang merakam video itu berkata, dia terkejut melihat fenomena tersebut.

“Kami sangat kagum melihat bagaimana ikan-ikan itu beratur untuk berenang dari satu tempat ke tempat lain dengan begitu teratur. Kami tidak pernah melihat begitu banyak ikan sekali gus,” katanya.

Sementara itu, pakar memberitahu CNA bahawa ikan-ikan itu mungkin ikan belukang atau Hexanematichthys sagor, spesies marin daripada keluarga Ariidae yang berasal dari Singapura dan negara-negara lain di rantau itu. – AGENSI

Objek hitam besar rupanya ribuan ikan belukang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker