Sokong penyandang kerusi jadi formula Pas
Sokong penyandang kerusi jadi formula Pas
Pas memberi jaminan akan mengundi penyandang kerusi sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru antara sekutunya, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, formula itu merupakan antara yang akan diguna pakai parti berkenaan sebagai panduan buat 2.2 juta ahlinya pada hari pembuangan undi.
Katanya, Pas teguh dengan pendirian mengekalkan kerusi tradisi parti sama ada miliknya, UMNO mahupun Bersatu.
“Jika dalam PRU lalu, kerusi itu milik UMNO maka kita akan sokong UMNO dan begitulah sebaliknya, kalau milik Bersatu.
“Asas kita dalam muafakat politik adalah untuk mengelakkan tiga penjuru, jadi itu adalah antara kaedah yang akan diambil selain langkah-langkah lain,” katanya dalam sidang akhbar di tapak Pasaraya Wakaf di sini hari ini.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim tidak menolak kemungkinan pertembungan kerusi boleh berlaku sesama sekutunya dalam PRU-15, namun perkara itu akan cuba dielakkan.
Malah, katanya, Pas akan berusaha meminimumkan pertembungan tiga penjuru yang hanya boleh mengundang kekalahan kepada kerajaan sedia ada pada masa ini.
“Saya jangka situasi itu akan ada cuma sedikit dan jika berlaku, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi saya yakin semua orang tidak mahu Pakatan Harapan (PH) menang,” katanya. Utusan
Sokong penyandang kerusi jadi formula Pas
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU