Presiden Umno saran bubar DUN Melaka



Sebaran :

Presiden Umno saran bubar DUN Melaka

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyarankan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negeri itu.

Berucap di Parlimen petang ini, Ahmad Zahid berkata sewajarnya mandat dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru untuk memimpin Melaka.

Katanya, dia tidak hairan jika kehilangan kerajaan yang dipimpin oleh parti pimpinannya.



“Saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti saya, tetapi tunggu lah, saya fikir elok adakan pilihan raya negeri (PRN) baru supaya dewan undangan negeri Melaka dibubarkan.

“Dan kita beri mandat semula pada rakyat untku rakyat memilih manakah kerajaan terbaik untuk mentadbir negeri dan juga negara kita insya-Allah,” katanya hari ini.

Terdahulu, Idris Haron (BN-Sungai Udang) yang juga bekas ketua menteri Melaka, mengumumkan bahawa dia dan tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

“Saya Idris Haron, Adun Sungai Udang, berasama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada ketua menteri Melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.



“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” kata Adun Sungai Undang itu.

Tiga wakil rakyat yang lain itu adalah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berharap kemelut politik yang berlaku di Melaka tidak akan menular ke Dewan Rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam satu mesej What’s App memaklumkan satu sidang media akan diadakan petang nanti.



Sidang media berkenaan dijangka akan mengumumkan mengenai pembubaran DUN Melaka.

“Dimaklumkan akan ada sidang media petang ini oleh speaker dan ketua menteri. Kita tunggu keputusan yang betul akan diambil.

“Presiden sentiasa berhubung dengan pengerusi Umno Melaka,” katanya. Mk

Presiden Umno saran bubar DUN Melaka




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :


Leave a Reply