Sarimah bengang guru bercinta dengan pelajar

‘Kalau golongan pendidik dah begini, siapa kita nak percaya?’

Sarimah bengang guru bercinta dengan pelajar

“Menjalin hubungan dengan remaja bawah umur adalah satu jenayah.”

Demikian respons pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim sekali gus menyelar kes child grooming seorang guru wanita yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun.



Sarimah, 46, yang juga jurucakap Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Empati Malaysia berkata, situasi sebegitu tidak seharusnya berlaku terutama apabila melibatkan golongan profesional seperti pendidik.

“Kepercayaan terhadap golongan pendidik akan musnah begitu sahaja.

“Mereka (guru) adalah orang dewasa yang sepatutnya bertanggungjawab dan matang apabila diberi kepercayaan untuk menjaga anak kita.

“Kalau golongan pendidik atau profesional sudah lakukan perkara sebegini, dengan siapa lagi kita harus percaya,” katanya kepada Kosmo! Online.



Dalam pada itu, Sarimah berpendapat, masyarakat perlu memandang berat mengenai isu sebegini kerana bimbang akan merosakkan masa depan golongan muda.

“Orang ramai tak boleh anggap kes sebegini sebagai remeh sebab ini bukan cerita drama atau telenovela sebaliknya ini realiti yang negatif.

“Kanak-kanak tidak sepatutnya membesar dalam keadaan trauma seperti masalah kesihatan mental atau fizikal selain memberi impak negatif terhadap masa depan mereka,” ujarnya.

Dia yang popular menerusi drama Lelaki Itu menegaskan, remaja bawah umur yang menjalin hubungan cinta tidak seharusnya menjadi sasaran untuk dipersalahkan kerana dianggap masih belum matang dalam membuat sebarang keputusan.



“Orang dewasa itu yang bersalah sebab pemikiran remaja tersebut masih dalam proses berkembang dan belum matang.

“Mereka yang sudah kahwin dan berkeluarga perlu bijak bezakan buruk atau baik, mereka terfikir atau tidak kalau perkara sebegitu berlaku pada anak sendiri.

“Justeru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengawasi anak-anak dan jangan mudah memberi kepercayaan kepada mana-mana individu yang menjaga anak mereka,” jelasnya.

Terdahulu, tular dalam aplikasi X seorang pengguna mendedahkan perlakuan tidak bermoral seorang guru wanita bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun.



Menurut hantaran tersebut, pendidik yang juga ibu lima anak tersebut sudah beberapa kali mendekati pelajar tersebut sehingga laporan polis terpaksa dibuat selain aduan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dilakukan.

Tidak terhenti di situ, rakaman video mereka berdua-duaan di sebuah pantai turut tular dalam media sosial.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berkenaan dan kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan lanjut. K Online

Sarimah bengang guru bercinta dengan pelajar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker