Gagal lari, pesakit Covid-19 terperangkap
Gagal lari, pesakit Covid-19 terperangkap di hospital
Cubaan seorang pesakit Covid-19 untuk melarikan diri dari Hospital Keningau, membawa padah apabila dia terperangkap di salah satu tingkat bangunan terbabit, pagi tadi.
Tindakan wanita berusia 24 tahun itu menyebabkannya terpaksa diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, wanita terbabit dimasukkan di wad sejak semalam lagi.
Ketua BBP Keningau Sharudy Delamin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, usaha menyelamat itu dilakukan oleh sepasukan tujuh anggota dan pegawai yang tiba bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati terperangkap di tingkat satu di bahagian luar bangunan Hospital Keningau.
“Pasukan bomba yang lengkap memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) kemudiannya menjalankan operasi menyelamat menggunakan tangga untuk membawa mangsa turun,” katanya ketika dihubungi, menurut laporan Harian Metro.
Katanya, mangsa kemudiannya berjaya dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan lanjut. FMT
Gagal lari, pesakit Covid-19 terperangkap
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.